Terdapat banyak broker dan Platform untuk anda membuka akaun demo atau Real Account. Antaranya ialah :
- Marketiva ( Open Account )
- Metatrader4 ( Download )
- FXCM dan berbagai lagi.
Melalui akaun Demo, anda boleh membuka secara percuma. Anda akan diberikan sejumlah USD 50,000 - 1 000 000, bergantung kepada Broker dan Platform yang anda daftar. Anda tidak perlu membayar apa-apa pun, 100% FREE. Anda boleh belajar trade mana-mana Pair matawang dan komoditi seperti Emas, Perak dan sebagainya. Sekiranya Account anda telah habis, anda boleh register semula dan akan mendapat sejumlah wang seperti sebelumnya. Begitulah seterusnya sehingga anda masih hidup dan dah rasa berkeyakinan, barulah anda membuka Account yang sebenarnya.
________________________________________________
Membuka Akaun Demo
Marketiva
Melalui Platform Marketiva, saya rasa adalah lebih special daripada Platform yang lain. Kenapa ?, Jawapannya akan disusuri kemudian setelah anda habis membaca penerangan ini terlebih dahulu.
Apabila anda membuka akaun Marketiva ini, anda akan diberi USD 10,000.00 percuma untuk latihan sahaja, bukan duit sebenar ( not real money ), seperti Platform yang lain juga untuk anda berlatih berdagang dalam Forex secara percuma, bukan wang sebenar (Virtual Forex - not real money). Anda boleh belajar melalui akaun demo ini sehinggalah anda rasa dah berkeyakinan barulah anda mencuba akaun sebenarnya.
Untuk akaun sebenarnya anda tidak lagi perlu membuka akaun baru, kerana setelah anda mula daftar dengan Markiteva anda telah dikira sebagai ahli / member. Jadi anda tak perlu mendaftar berulang kali. Anda hanyalah terus belajar dan sekiranya anda sudah berkeyakinan barulah anda topup akaun anda untuk Real Akaun (Live Forex).
Apakah yang istimewa / specialnya Platform Marketiva ini ?, Ya, yang specialnya setelah anda mendaftar / register buat pertama kalinya, anda akan diberikan wang Virtual Forex ( demo ) sebanyak USD 10,000.00 untuk latihan dan wang sebenarnya secara percuma untuk Live Forex sebanyak USD 5.00. Walaupun jumlahnya kecil USD 5.00, ini adalah hak anda secara mutlak, wang sebenar ( real money ) dalam akaun anda. Anda dah boleh mula berdagang secara kecil-kecilan dengan modal yang kecil ini. Belajarlah dari yang kecil. Kerana semuanya bermula dari kecil dan akan terus membesar dan membukit.
Keistimewaan kedua Platform Marketiva ialah anda boleh pilih Desk akaun manakah yang ingin anda gunakan untuk trade, sama ada Desk Virtual Forex (Demo) atau Desk Live Forex.
Jadi semasa anda ingin trade, trade melalui Desk Virtual Forex (Demo) dahulu, kemudian trade menggunakan Desk Live Forex (Real) setelah anda rasa dah betul arah anda trade, mengikut trend (uptrend atu downtrend).
Ini yang bestnya bagi saya yang dah menggunakan berbagai Platform sebelum ini. Semua Platform baik, dan ada kelebihan dan kekurangannya. Cuma bagi saya inilah yang terbaik.
Kemudian setelah anda trade anda boleh lihat di Position Sheet yang sama. Sama ada Desk Virtual Forex (Demo) atau Live Forex (Real). Ini juga merupakan satu kelebihan Platform Marketiva.
Selalunya kita akan membuka akaun demo, kemudian Real Akaun, jadi ada 2 akaun. Mula-mula trade akaun demo kemudian klik Real Akaun. Jadi semasa klik pi, klik mai harga dah berubah. Kalau sikit OK lah, tapi kalau nak trade banyak sikit, harga dah lari .......
Berdaganglah/Trade secara kecil-kecilan dan close/exit setelah anda mendapat keuntungan. Jangan menunggu terlalu lama setelah anda mendapat keuntungan. Kerana penukaran matawang ada kalanya naik tinggi dan turun juga banyak. Ada kalanya naik sedikit dan turun juga sedikit. Adakalanya naik sedikit dan turun terlalu banyak dan begitu juga sebaliknya, turun sedikit dan naik terlalu tinggi.
Kesimpulannya penurunan dan kenaikan matawang adalah tidak menentu. Jadi anda perlu meletakkan target setiap kali anda trade (BUY/SELL). Katakan anda BUY masa harga rendah, target keuntungan/profit anda USD 2.00, apabila harga naik dan mencecah keunntungan USD 2.00 adalah lebih baik anda Close/Exit dahulu. Jangan merasa kesal kerana harga terus naik, biarkan. Sebab anda dah meletakkan target anda setiap kali anda trade, jangan tamak. Anda perlu rehat, santai sambil minum kopi bersama roti empat sagi dan monitor sahaja.
Tunggu dan lihat sekiranya ada peluang kedua, mungkin dalam masa 1 jam, 2 jam atau sebagainya. Sekiranya ada peluang yang baik anda trade semula (BUY) buat kali kedua. Sekali lagi letakkan target anda, mungkin USD 1.00 atau USD 2.00. Bila harga naik dan sampai pada target kedua anda, Close/Exit dan ambil untung dahulu, kerana trade anda kali ini adalah merupakan bonus untuk hari tersebut. Begitulah seterusnya.
Bila masanya nak Entry Trade (BUY/SELL), dan bila masanya nak Close/Exit dan dapat untung/profit ?. Ha.. ha...., ini soalan yang bagus.
Jawapan yang mudah Entry BUY semasa harga rendah dan Close/Exit semasa harga naik tinggi dan mula turun kembali. Oo....., macam tuu......... Sebenarnya itu hanyalah jawapan yang ringkas dan tidak jelas, kabur. Semasa rendah, dimana point terendah atau zon terendah untuk BUY? dan naik tinggi sampai di mana, setinggi gunung baru nak jual (Close/Exit) ? Berapa lama nak tunggu untuk jual dan ambil untung/profit ?. Ya..., ini adalah soalan profesional. Syabas.....!
Semuanya akan terjawab di website saya ini juga. Saya akan buka link/page baru (new post) tutorial untuk mengajar anda dan menjawab semua soalan-soalan di atas. Semuanya akan saya bina menggunakan platform Marketiva. Untuk itu anda perlu membuka akaun Marketiva (Open Account) secara percuma dahulu dan mendapat Virtual Forex USD 10,000.00 (not Real Money - Demo) dan Live Forex USD 5.00 (Real Money). Kedua-duanya percuma, anda tak perlu membayar sesen pun.
Cara membuka akaun Marketiva, klik butang Open Account dibawah.
Anda akan di bawa ke papran seperti di bawah.
Anda telah di bawa ke Marketiva website. Sekali lagi anda klik Open Account (diwarnakan dengan warna merah) di website ini untuk mengisi maklumat diri anda yang diperlukan untuk membuat pendaftaran. Diharap anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul, terutamanya nama dan alamat anda mengikut kad pengenalan.
Isikan maklumat yang diperlukan dalam kotak yang dibintangkan di sebelah kanan sahaja. Kemudian Klik butang Continue >;
Saya harap anda dapat meneruskan pendaftaran ini dengan mengisi ruang di dalam kotak yang dibintangkan sahaja sehingga selesai.
Setelah selesai semuanya anda akan menerima email daripada Marketiva Support seperti dibawah.
Langkah seterusnya anda hanya klik link http://www.marketiva.com/index.ncre?page=downloads pada email anda untuk download platform Marketiva. Seterusnya anda akan dibawa ke page download platformnya seperti dibawah.
Seterusnya anda perlu klik pada Download File : Streamster Installation Package.
Simpan ( Save File ) di mana-mana folder pada PC anda. Setelah selesai download, anda perlu install file tersebut (setup-streamster-1-2536.exe) pada PC anda. Selesai proses download dan installation.
Pada Desktop anda akan terdapat ikon Marketiva seperti berikut.
Sekarang anda sudah boleh memulakan trade anda melalui platform Marketiva dengan bermodalkan Virtual Forex USD 10,000.00 (Demo) dan Live Forex USD 5.00 (Real Money - Percuma).
Double click icon Marketiva tersebut untuk membuka akaun anda, Virtual Forex dan Live Forex untuk memulakan trade anda.
Isikan User name : (seperti anda daftar sebelum ini)
Password : (seperti anda daftar sebelum ini)
Klik kotak ( Remember my password )
Seterusnya klik butang Sign In
![]() |
| Click on emage to enlarge |
Beginilah paparan platform Marketiva anda untuk mula berdagang/trade.
BERSAMBUNG - ke Tutorial 1.
________________________________________________
Metatrader 4
Anda perlu download Platform Metatrader 4 terlebih dahulu, simpan dalam PC anda dan Install dalam PC anda. Untuk download Platform Metatrader 4 klik butang di bawah :
Simpan file " mt4setup.exe "di mana-mana folder PC anda.
Untuk meneruskan Installation double click fail " mt4setup.exe " yang anda simpan.
Klik butang " Run ".
Choose installation language : ( Pilih bahasa yang bersesuaian dengan anda ). Kemudian klik butang " Next >; ".
Kemudian ikutilah langkah-langkah seterusnya yang mudah dan ringkas.
________________________________________________
________________________________________________
FXCM UK
Download dan save Platform dalam PC anda, kemudian Install Platform tersebut dalam PC anda.
Kemudian klik butang "Save File" untuk menyimpan file tersebut di mana-mana folder komputer anda file "FXTS2Install.exe" ini.
Setelah siap anda download, install program tersebut ke dalam komputer anda. Ikut arahannya satu persatu dan tunggu sehingga selesai. Di sini saya tidak akan menerangkan satu persatu proses installation, kerana ianya mudah diikuti dan difahami. Lagi pun langkahnya (steps) adalah mudah.
Setelah siap proses Installation anda akan dapati ikon platform tersebut akan di paparkan pada Desktop anda seperti berikut :
Untuk membuka platform tersebut anda hanya perlu "double click " ikon FXCM Trading Station tersebut. Tapi anda belum boleh trade lagi kerana anda belum membuka akaun demo. Anda perlu ada username/Login dan Password untuk akaun demo. Untuk membuka akaun demo ikuti langkah-lengah berikut :
Membuka Akaun Demo
1. Klik Open Demo Account
Isikan First Name : ( Nama Anda )
Last Name : ( Nama Bapa Anda )
Country : Pilih Malaysia
Email : ( Isikan emal anda )
Phone : ( Isikan no. telefon anda )
Kemudian klik pada check box ( email me free education trading ..... )
Akhir sekali Klik butang REGISTER.
Tunggu beberapa saat, anda akan diberi username/Login : FXR............. , dan password : xxxxxxxx.
( Salin dan simpan username dan password ini di mana-mana tempat yang selamat, dalam dairy anda/dalam buku cacatan anda / notepad pc anda / dan ikut suka anda lah......... )
Membuka Platform anda untuk trading :
1. Double Click Icon :
2. Isikan Login, Password, Connection : Demo dan Klik butang Login. Itu sahaja dan dah mula boleh trade berbagai matawang dan komoditi seperti emas, perak dan sebagainya.
Selamat belajar dan mencuba dengan FXCM UK Broker. Saya akan menunjukkan akaun demo untuk platform yang lain pula, dari masa ke semasa, sering-seringlah lawati blog saya ini.
Saya akan menunjukkan beberapa indicator lain seperti Bollingerband, Stochastic dan berbagai lagi.











