Setelah anda login Platform Marketiva anda, anda akan dipaparkan dengan chart pair yang akan digunakan untuk anda trade.
Anda boleh pilih pair yang anda suka untuk trade. Untuk memilih pair manakah yang anda ingin trade, ikuti step berikut :
- Right Click mouse anda dimana-mana kawasan chart.
- Pilih Instrument.
- Kemudian pilih mana-mana pair yang anda ingin trade.
- Click pair tersebut, contohnya EUR/USD.
![]() | |||
| Memilih Pair Untuk Trade |
Atau click pada pair yang sedia ada pada sudut kanan atas. Anda akan dipaparkan dengan dropdown menu, anda boleh pilih pair yang anda suka. Contohnya bila anda click pada pair EUR/USD, dropdown menu akan dipaparkan seperti dibawah untuk anda memilih pair yang lain.
![]() |
| Memilih Pair Untuk Trade |
Setelah anda memilih pair yang anda inginkan, anda boleh melihat timeframe untuk anda gunakan semasa trade. Ada yang suka menggunakan timeframe 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam (Hourly), 4 jam (4 Hours), Harian (Daily), Mingguan (Weekly) dan Bulanan (Monthly). Terpulang kepada anda. Untuk memilih timeframe click pada masa disebelah pair tersebut, seperti contoh di bawah.
![]() |
| Memilih Timeframe |
Anda hanya boleh membuka 4 tab chart sahaja. Untuk menambah tab chart ikuti langkah berikut :
- Right Click pada Charting.
- Click New Charting Tab
![]() |
| Buka Tab Chart Baru |
Anda telah membuka 2 chart, seperti di bawah :
![]() |
| Chart Baru |
Begitulah seterusnya, anda hanya boleh membuka sebanyak 4 chart sahaja. Dan bagi setiap chart anda boleh menukar pair mengikut kesukaan anda dan juga timeframe.
Apakah maksud timeframe, mungkin ada di antara anda tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan timeframe. Timeframe bermaksud setiap pergerakan naik dan turun Candlestick atau Bar chart dalam jangka masa tertentu seperti 5 minit, 15 minit dan seterusnya.
Contoh seperti candlesticks di bawah :
Jika anda perhatikan, ada 5 candlesticks. Sekiranya anda melihat timeframe 5 minit ( 5 minit x 5 = 25 minit ), pergerakannya dari kiri ke kanan. Penerangan seperti di bawah :
![]() |
| Candlestick |
- 1. Candlestick pertama (putih) 5 minit - naik.
- 2. Candlestick kedua (hitam) 5 minit - turun.
- 3. Candlestick ketiga (putih) 5 minit - naik.
- 4. Candlestick keempat (hitam) 5 minit - turun.
- 5. Candlestick kelima (putih) 5 minit - naik.
Begitulah seterusnya, sekiranya anda melihat timeframe 1 jam, bermakna setiap satu candlestick tu 1 jam, 5 candlestick bermakna 5 jam pergerakan naik dan turun.
Saya harap anda dah memahami apakah yang dikatakan timeframe. Untuk trade disarankan supaya melihat timeframe yang lebih besar sebagai panduan.
Sebaiknya lihatlah timeframe 4 jam, Major timeframe. Kemudian semasa nak trade pula gunakan minor timeframe yang kecil, seperti 5 minit atau 15 minit. Mungkin anda keliru, lihat Major timeframe 4 jam dan nak trade lihat minor timeframe yang kecil.
Bagi mereka yang dah biasa trade mungkin akan memahami apakah maksudnya. Tapi bagi anda yang baru dalam forex mungkin kurang memahami apakah maksud major timeframe dan minor timeframe.
Nanti anda akan faham apabila mengikuti tutorial website saya ini. Kerana dalam forex kita perlu banyak bersabar, jangan ikut rasa hati kita semasa trade sesuatu pair. Perlu tunggu, ambil masa dan peluang yang baik, baru kita entry order.
Anda akan faham apabila melihat candlestick dan penerangan saya di bawah ini. Candlestick di bawah adalah Major Timeframe 4 jam.
![]() |
| Major Timeframe |
Major Time frame 4 jam, pergerakannya, pertama, bentuk candlestick di atas adalah putih, bermakna pergerakannya naik dalam masa 4 jam.
- Pergerakannya mula naik dari no. 1 ke - no. 2, mungkin belum sampai 4 jam atau dah mencecah 4 jam untuk menunggu candle seterusnya, sama ada akan terus naik atau turun.
- Seandainya candle ini belum cukup 4 jam, ia akan turun dari no. 2 ke - no. 3. Ini dipanggil retracement. Masa inilah kita mengambil peluang untuk masuk entry BUY.
- Sebab tu kita perlu sekurang-kurangnya 2 timeframe, pertama Major timeframe dan kedua minor timeframe.
Minor timeframe, mungkin 5 minit atau 15 minit.
![]() |
| Minor Timeframe |
Perhatikan minor timeframe, mula bergerak naik dari no. 1 ke - no. 2 (berdasarkan Major Timeframe), kemudian retrace turun ke no. 3 (berdasarkan Major timeframe). Semasa di no. 3, ia akan mula naik semula, ketika inilah kita mengambil peluang untuk BUY.
Ini adalah penerangan secara asas untuk anda memahaminya, mungkin memakan masa untuk kita menunggu keadaan ini berlaku. Sekiranya kita perhatikan beberapa kali berlaku percubaan untuk bergerak turun, tetapi tidak melepasi pada garisan no.3. Ini bermakna, pergerakannya akan naik semula.
Kerana keadaan sebenarnya kita tidak betul-betul tahu, ini hanyalah analisis teknikal, fundamental kita tidak tahu, seperti berlakunya krisis ekonomi, bencana alam di negara lain dan berbagai lagi. Kadang-kadang naik mendadak, kadang kala turun mendadak.
Risiko dalam forex memang terlalu tinggi, dan keuntungannya juga adalah besar. Untuk menangani risiko ini sekurang-kurangnya kita dah cuba membuat analisis pergerakan pasaran sesuatu pair tersebut. Untuk mengelakkan daripada kita kerugian terlalu banyak sekiranya berlaku penurunan, kita boleh letakkan stop loss, setakat mana kita sanggup kerugian.
Anda boleh memilih Chart Style mengikut keselesaan anda, ada 4 jenis chart style, iaitu Bar Chart, Candlesticks, Line dan line HL. Untuk memilih chart style :
Anda boleh cuba, dan lihat bagaimana paparannya dan pilih yang mana anda rasa selesa.
Penerangan di atas adalah untuk kita membeli sesuatu pair matawang dalam forex dengan Marketiva.
BUY/SELL
Untuk mebeli melalui Marketiva, ada 2 pilihan, Desk Virtual Forex dan Desk Live Forex. Caranya adalah seperti berikut : -
Contoh 1 :
Contoh 2 :
Anda boleh memilih Chart Style mengikut keselesaan anda, ada 4 jenis chart style, iaitu Bar Chart, Candlesticks, Line dan line HL. Untuk memilih chart style :
- Right Click dimana-mana kawasan chart anda.
- Pilih Style dan pilih mana-mana chart style yang anda suka.
Anda boleh cuba, dan lihat bagaimana paparannya dan pilih yang mana anda rasa selesa.
Penerangan di atas adalah untuk kita membeli sesuatu pair matawang dalam forex dengan Marketiva.
BUY/SELL
Untuk mebeli melalui Marketiva, ada 2 pilihan, Desk Virtual Forex dan Desk Live Forex. Caranya adalah seperti berikut : -
Contoh 1 :
- Click pada Buy/Sell
- Instrument : Pilih pair matawang yang anda ingin trade.
- Quantity : Berapa banyak nak trade
- Desk : Pilih Virtual Forex / Live Forex
- Buy / Sell : anda boleh pilih Buy atau Sell ( Buy harga rendah. Sell bila harga tinggi dan nak turun/jatuh.
- Kemudian tekan OK, seperti di bawah.
![]() |
| Send An Order |
Contoh 2 :
- Katakan anda BUY pada harga 1.3882.
- Exit Stop-Loss : 1.3862, bermaksud sekiranya harga turun sebanyak 20 PIPS (1.3882 - 1.3682) anda akan lepaskan atau kerugian yang anda sanggup lepaskan.
- Sekiranya anda membeli dalam kuantiti yang sedikit dan Balance anda masih banyak anda tak perlu letakkan Stop-Loss. Ini sekiranya anda berkeyakinan bahawa harga tak akan turun terlalu banyak. Terpulang kepada anda.
- Exit Target : 1.3902, bermaksud anda ingin mengambil keuntungan sebanyak 20 PIPS. (1.3902 - 1.3882). Sekiranya anda rasa harga akan terus naik, anda tak perlu letakkan Exit Target, mungkin anda akan mendapat keuntungan yang lebih sedikit. Terpulang kepada anda.
Bersambung ke Tutorial 2










