Pergerakan naik dan turun sesuatu matawang adalah berdasarkan analisis Teknikal dan Fundamental. Analisis Teknikal boleh ditentukan berdasarkan Indicator. Terdapat banyak Indicator yang disediakan dalam semua Platform. Kita hanya perlu memilih yang mana satu Indicator yang kita rasa sesuai untuk kita BUY dan SELL. Antaranya ialah Relative Strength Index (RSI), Bollinger Bands, Stochastic, Moving Average dan banyak lagi.
Analisis Fundamental pula bergatung kepada peristiwa semasa yang berlaku di negara-negara luar, seperti krisis polotik, ekonomi, bencana alam seperti gempa bumi, sunami dan berbagai lagi. Apabila berlaku salah satu seperti yang diterangkan di atas, akan menjejaskan kedudukan matawang. Inilah yang menyebabkan kadang-kadang matawang jatuh menjunam, untuk mengetahui analisis Fundamental, kita perlu selalu mengetahui berita dan peristiwa dunia dari masa ke semasa.
Terdapat banyak analisis Teknikal yang boleh digunakan, disini saya akan membincangkan hanya beberapa Indicator utama sahaja, lain-lain Indicator anda boleh cuba sendiri.
Indicators :
Indicator ini boleh dikatakan agak popular di kalangan trader, semua platform menyediakan Indicator ini - RSI. RSI mempunyai 2 lavel, atas (70) dan bawah (30), juga dibahagian tengahnya (50). Apabila harga naik melepasi level 70, dikatakan overbought. Apabila harga turun melebihi paras 30, dikatakan oversold.
Nanti anda akan memahami apakah overbought dan oversold. Secara amnya apabila harga overbouhgt ianya telah melebihi harga belian tertinggi dalam satu-satu jangka masa ( 5 minit, 15 minit, 1 jam, 4 jam dan sebagainya ) dan akan jatuh / turun kembali. Begitu juga sebaliknya, apabila harga jatuh / turun melebihi 30, turun melebihi harga jualan dan akan menunggu untuk naik kembali dalam jangka masa ( 5 minit, 15 minit, 1 jam, 4 jam dan sebagainya ).
Bila masanya nak BUY dan bila masanya nak SELL ?. Sekarang persoalan ini akan terjawab. Sebelum tu, anda perlu set Indicator RSI dahulu pada chart anda. Anda boleh memilih mana-mana timeframe, dicadangkan untuk long-term profit gunakan timeframe 4 jam.
Caranya, gerakkan mouse anda di sudut kiri atas, dan click Indicators.
Pilih Relative Strength Index (RSI), seperti di bawah :
![]() |
| Indicators |
Indicator Platrofm Marketiva ditentukan 75 (atas), 50 (tengah) dan 25 (bawah). Saya akan bincangkan berdasarkan RSI Platform Marketiva.
![]() |
| RSI |
Level semuanya disebelah kanan. 25, 50 dan 75. Garisan RSI ditengah, warna merah, itulah menunjukkan pergerakannya.
Buy ketika RSI turun dan naik melepasi 25.
Perhatikan, semasa RSI naik melepasi 25, ketika inilah kita Entry BUY.
Setelah anda BUY, anda akan dapati pada Positions BUY anda seperti berikut.
Pada Positions ada beberapa ruang seperti Columns (Position ID yang anda BUY/SELL), Desk (Virtual Forex / Live Forex), Instrument (Pair yang anda beli), Side BUY (LONG) / SELL (SHORT), Open (harga yang anda BUY/SELL), Quantity (jumlah yang anda BUY/SELL, 1000 = 10 USD, 10 = 0.10 USD), Points (PIPS keuntungan / kerugian), Profit (keuntungan/kerugian dalam USD), Stop-L (anda boleh letakkan kerugian yang anda sanggup lepaskan), Target (anda boleh letakkan berapa harga keuntungan yang anda ingin).
Bersambung ..........!